November 07, 2009

Pertama dalam 20 tahun

salam,


Sawang punya la banyak dalam blog nie.. hurmm.. lama x kemaskini.. Bukan alsabab x da cerita.. tapi kekangan masa dan keadaan cerita.. Tidak mengapa, kali ni ak masukan entri paling menarik (rasanya) dalam tahun 2009 ni..

Bulan November kunjung kembali dan kebiasaannya bulan nilah bulan yang paling kritikal bagi semua pelajar IPT.. Bulan peperiksaan.. Semester ni ak mengambil 7 subjek dan semuanya subjek kritikal.. majornya 3 kredit tiap satu.. Tapi untuk peperiksaan akhir, cuma 3 matapelajaran dibawa.. dan ketiga-tiganya 3 kredit.. Bagi jadual akhir, 2hb, 16hb, dan 19hb.. jadi ak mempunyai agak banyak masa senggang (hampir 2 minggu lamanya).. Tidak disia-siakan begitu sahaja, rakan serumah rancang ke Negeri Cik Siti (Kelantan).. Ak ikut sahaja.. Sangat teruja kerana merupakan kali pertama ke negeri tersebut dalam 20 tahun.. ketinggalan betul ak..

Hari Pertama : 02hb Nov
Pagi tu ada paper pertama untuk peperiksaaan. Petangnya kami bertolak ke Kluang untuk menaiki keretapi. Rombongan disertai 7 orang dan diketuai oleh Sdr Amer.. Perjalanan menaiki keretapi kali kedua sejak darjah 6.. Sangat lama, 12 jam.. fuhh.. Dari depan gerabak sampai ke belakang gerabak ak ronda.. Busan..

Hari Kedua : 03hb Nov
Tiba di Stesyen Pasir Mas jam 8am.. Tiba di rumah Amer dalam 10 minit kemudian.. dekat je.. Sarapan dan terus tidur.. maklumla x cukup tidur.. Jam 12 bangun, makan tengahari, solat dan terus gerak ke destinasi pertama, Jeram Linang.. X da orang pun.. musim sekolah - peperiksaan lagi.. Seronok dekat jeram tu.. ada terapi ikan kecik2 tu.. free je.. Balik tu gerak ke pantai.. Pantai Irama.. makan colek2.. sedap gak la.. Kemudian terus gerak balik rumah Amer.. Malam - tidor..

Hari Ketiga : 04 Nov
Semua liat nak bangun, hujan diluar.. sangat lebat!.. tentatif terbantut.. Tidak mengapa, tengahari tu gerak ke Rantau Panjang.. Shoping!.. Lebey kurang dengan Padang Besar je.. Ak ada la beli satu dua barang je.. heee.. Diowang ni beli punya belambak.. huisyhh.. Balik dr RP singgah stesyen keretapi, beli tiket balik.. Kemudian terus balik rumah Amer semula.. Malamnya keluar awal ke Machang, rumah kakak Pait.. Tup-tup bawak ke E-Rup Sup, makan malam.. Mewah betul makanannya.. Time kaseh.. Balik dr makan, pergi ke Wakaf Che Yeh.. Shoping lagi, tapi ak x beli apa-apa pun.. Gerai x banyak bukak sebab hujan turun x henti-henti..

Hari Keempat : 05hb Nov
Hujan lagi, bangun, siap-siap, terus ke Gaal. Ada jemputan makan tengahari.. Menu - Nasi Kerabu Asli.. woisyhh... memang berbeda la dengan yang dijual di pasar malam tu.. (terliur ak masa tulis nie).. Terima kaseh kepada keluarga Sdr. Shahril atas jemputan tersebut.. sangat SEDAP!!.. Terbaek ah..! Balik dr Gaal terus ke Kota Bahru Mall.. Jenjalan.. Ak beli buku untuk dibuat bekal di atas keretapi nanti.. Habis KB Mall, terus pulang ke rumah Amer.. Kemas-kemas, makan malam dan terus ke stesyen keretapi.. Berolak jam 836pm..


Hari Kelima : 06hb Nov
Tiba di Kluang jam 10 pagi.. Keretapi banyak henti.. Sementara menunggu sahabat datang ambil, kami jengah dulu ke KLUANG RailCoffee.. Pertama kali masuk woh.. Dengar owang cer macam menarik.. Cuba Try Test Tengok..Fuh.. memang betul-betul hualiow.. Mantap! Pulang dr stesyen, lajak ke Kluang Parade, jenjalan. Kemudian ke Kluang Mall plak.. jalan lagi.. Balik ke PARIS terus.. Alhamdulillah..


Rumusan
Alhamdulillah. Hajat ak nak sampai Kelantan tercapai. Terima kaseh yang tidak terhingga buat keluarga Sdr Wan Amer Hakim bin Wan Ramlan atas tajaan penginapan, makan-minum berserta kenderaan. Sungguh besar pengorbanan mereka. Buat Sdr Amer, terima kaseh kerana sudi membawa kami ber5 melihat negeri kamu yah.. Walaupun hujan, tentatif tetap berjalan.. Mantop!.. Pengalaman pertama dalam 20 tahun.. Syukur.. Sekian.

October 14, 2009

10 perkara

salam,

10 perkara besor dalam oktober..

01. Test Perniagaan
Alhamdulillah, sudah berakhir bab ini. Meskipun diuji dengan soalan yang putar belit.. Syukur.. akhirnya ak dapat kunci kira-kira yang seimbang-cukup memadai bagi ak.

02. Bot Meleleh
Perenggan ini belum usai. Ditangguh ke minggu hadapan. Kami semua dikehendaki merekabentuk prototaip berfungsi bagi sebuah bot berenjin kereta mainan. Alhamdulillah-proses rekabentuk keseluruhan sudahpun usai. Hanya menanti hari mengunjung tiba menyapa salam. Nantikan X-Factornya.

03. Test Mesin
Mesin pun nak test ke? Ni subjek mekanik mesin la.. Seksyen lain sudah usai. Hanya seksyen 3 menanti hari ~ dah macam nak tunggu bayi lahir pula. Takpa. Masuk dalam study week pun x pa.. Mesin = Mantap!

04. Test Meleleh
Meleleh ni merujuk kepada bendalir la. Para (02) pun untuk subjek ni juga. Mekanik Bendalir. Testnya insyallah.. Jumaat ~ ak lebih suka dalam study week.. mengelat!

05. Test CAD
Huyoo.. Bahaya ni. Computer Aided Drawing. AutoCAD la. Tarikh belum dikenalpasti. Soalan-sudah siap. Ak suka juga dalam study week ~ mengelat lagi!

06. Present Perniagaan
Projek kami, syarikat percetakan dan penerbitan. Alhamdulillah. Kunci kira-kira kami seimbang. Dengan perbezaan mata 0.00... Ak sangat suka! Slide belum siap. Sabtu sudah mau tayang. Haiya..

07. Present CAD
CAD lagi. Projek kami, kipas meja. Kena lukis tiap komponen dalam dan luar. Semua dah lukis. Cuma perlu diteliti dan diperhalusi lagi.

08. Test Programming
Besok la. Bab 4 dan 5. Tadi baru lepas men game. Nak jawab apa besok? while? do...while? for..? else if? huhu... apekah??

09. Persidangan Sains dan Teknologi
Insyallah 26 dan 27 ni. Lokasi-UTHM. Kami sebagai penganjur dan peserta. Ini yang sangat-sangat di dukacitakan. Ketidaksukaan!

10. Kertas Kerja Team Power 2009
Hoho.. Hampir setahun dah siap paper work ini. Ak siapkan secara underground je. Ingat nak submit dalam minggu ini. Insyaallah. Awal Januari kita gerak yer..

Lain-lain hal

a. Ingat nak turun KL habes final ni.
b. Diowang kata ak gemuk~~na da.. dah ak suka makan.
c. Ingat nak buat parti berbeku dalam exam week. Nantikan.
d. Oh. anak tuan tanah kawen 24 ni.. basuh pinggan la..
e. Kumpul syiling untuk beli DSLR~mampukah??
f. Sijil debat piala TNC.. x siap lg..
g. Hujung minggu depan-Dobi Mama.
h. Tiket balik - x beli lagi.
i. Lapaw la plak.. Tdo je la..

October 01, 2009

Senegeri

salam,

Hari nie ke UTM-Skudai. Pameran Sains dan Teknologi. 18 orang ahli. 11 daripada kami. Mendapat bimbingan khas daripada salah seorang pelajar sana. Sangat PERIANG. Seronok bersama beliau. Serata ceruk kami ronda. Sekian. Terima kasih UTM.

Suka. Duka. Lapar. Menarik.

September 26, 2009

Kawan

salam,

sekadar gambar hiasan

Kawan. Yer.. entri ni tajuknye kawan.. pendek dan padat..kisah pandangan ak secara umum.

Ak sudah berada di landasan pendidikan dan pelajaran ini hampir 20 tahun. Sudah 7 institusi ak masuk untuk menimba ilmu. Hitung kira hampir beratus kenalan yang ak kenali. Alhamdulillah. Tapi, yang kita kenali adakah mengenali kita semula? bahaya soalan ini.

Erm.. ak rasa agak terkilan dengan sikap kawan yang bersifat sementara. Hurm.. adat berkawan kah ini? Ya, dari taski, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan terkini di IPT situasi yang sama berulang-ulang.

Kawan ketika kecil usiaku dahulu. Ada yang masih berhubung hingga kini. Facebook dan friendster sangat mujarab. Tidak kurang juga yang bersifat sebaliknya. Ya. ak sedar. Syiapa diri ak untuk dikenang orang. Sekadar tegur salam dan bertanya khabar sudah cukup lah. Bukan meminta lebih.

Tidak ingatkah mereka pada orang yang rajin mereka tiru kerja rumah dahulu? Pada orang yang selalu memberi pinjam wang takala kesempitan? Pada orang yang selalu dicari ketika tidak faham istilah itu ini? Pada orang yang dipinjam barangnya?

Hurm.. manusia kan? bila dah "sesak".. bila "kesempitan".. bila "susah".. pandai pula cari "kawan".. Kawan yang boleh mengeluarkan "diri" dari belenggu itu ini.. Bila dah selesai masalah, campak la "kawan" tu sana sini. Tak mandang pun..

Bagi ak, perkara ini sebagai asam garam dalam persahabatan. Tapi bagaimana kalaw ia merubah menjadi influenza. Kan bahaya.. Dan bila virus ini dijangka pupus? jawab ak, TIADA.. Ia akan terus-terus-terus dan terus berterusan menjangkit yang lain-lain. Fikir-fikir kan lah. Anda berada di kelompak mana?

September 24, 2009

The show

salam,


Sekian lama, rasa ingin "bercerita" melalui objek pegun kini terlaksana. Ak sekarang sudahpun memulakan perjalanan photoblog merangkap blog kedua dari budak kurang cerah ini. Syukur. Sudah lama ak mengidam mahukan blog berkonsepkan gambar atau apa sahaja yang berkaitan dengan arah keghairahan ak selama ini.

Bermula dari bangku sekolah, minat ak kearah fotografi memang tidak pernah lekang. Suka ak kebidang kreatif ini tiada tolok bandingnya dari cabang pengajian yang lain. Dulu semasa di teknik, ada student MMU datang buat promosi mengenai pengajian animasi. Ketika itu, memang dah nekad untuk bersama mereka takala habes SPM. Tapi memandangkan yuran pengajian yang berlipat gandanya, ak terhenti disitu sahaja. Abaikan.

Kini ak berjinak kembali ke arena gambar dan penyuntingan bahan bercetak. Terus terang ak seorang yang sangat tidak pandai melukis. Meluat bila diminta untuk melukis. Tapi bila keadaan lukisan itu melibatkan penggunaan perisian komputer, minat ak tiada halangan lagi. Pertama sekali ak belajar adalah menggunakan Adobe Photoshop 7.0. Itupun kerana perisiannya percuma. Ak tidak pernah mengenali sebarang sifu untuk Adobe PS tetapi sifu di-internet, bercambah-cambah. Semua teknik ak belajar melalui internet. Bagus la internet nie!

Sekarang ak mampu untuk menghasilkan produk yang disunting oleh ak sendiri. Alhamdulillah, banyak juga tawaran yang diterima untuk mengasah bakat ini. Syukur.

Oleh yang demikian, kini ak terbitkan satu ruang blog khas memaparkan hasil kerja ak, yang ak banggakan, yang diminati dan yang penuh drama berkonsepkan pegun. Tetapi masih dalam proses pencarian bahan paparan umum. Kalau kelapangan silalah ke azlanahmadshow atau ketik di SINI. Jika kalian ada sebarang cetusan idea, bolehlah disaling tukar. Selamat semua!